ZAKARIA YAKIN HAZEM MENANG

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,27 NOVEMBER- Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hazem Mubarak Musa bagi kerusi Dewan Undangan (DU) Sabah, Sungai Manila mampu mencapai kemenangan.

Mantan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan terhadap program yang dihadiri oleh Hazem.

“Penerimaan rakyat di Sungai Manila dapat dilihat menerusi program atau perjumpaan yang dihadiri oleh Hazem,” katanya pada Majlis Santai Beliawanis Bersama Calon Sungai Manila di sini.

Kata, sambutan yang diberikan kepada Hazem berbeza kepada calon yang lain.

Menurutnya, jentera calon daripada parti yang berbeza sambutan yang diberi.

Berdasarkan pengalaman, katanya, ia merupakan petanda bahawa Hazem mampu mencapai kemenangan.

TAMAT

Share This Article