UNDl AWAL ESSZONE TERKAWAL

sabahheadlines
2 Min Read

LAHAD DATU,25 NOV-
Proses undi awal bagi anggota keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah atau ESSZONE berlangsung terkawal dan teratur.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata proses undi awal melibatkan semua agensi keselamatan di ESSZONE hari ini berjalan lancar dengan kawalan keselamatan berada pada tahap terbaik.

“Kesemua agensi keselamatan di ESSZONE telah melaksanakan undi awal dalam keadaan terkawal.

“Proses ini berjaya dijayakan tanpa insiden hasil kerjasama semua pasukan keselamatan yang bertugas.”katanya.

Menurut beliau, kerjasama dan kesiapsiagaan anggota di lapangan memastikan proses undi awal dapat diselesaikan seperti dirancang.

Sehubungan Itu masyarakat di ESSZONE dinasihatkan supaya keluar mengundi dengan tenang, mematuhi arahan petugas SPR dan keselamatan serta merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Beliau turut menegaskan bahawa ESSCOM komited memastikan keselamatan pengundi terjamin sepanjang tempoh pilihan raya.

ESSCOM akan terus memantau keadaan semasa dan mengekalkan tahap kesiapsiagaan sehingga hari pengundian.

Seramai 1,827 pengundi awal melibatkan anggota tentera dan polis termasuk pasangan mereka mengundi di lima pusat mengundi iaitu di Bilik Mesyuarat Balai Polis Cenderawasih, Dewan Makan Markas ke 13, Briged ( ESSCOM) Kem Cenderawasih Lahad Datu, Dewan Sri Mawar Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Dewan Serbaguna Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu dan Rumah Kelab Polis IPD Daerah Kunak.

TAMAT

Share This Article