PILIH CALON TERBAIK: HAZEM

sabahheadlines
2 Min Read

SANDAKAN (25 NOVEMBER): Rakyat bebas buat keputusan tetapi digesa memilih calon yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa berkata rakyat perlu membuat keputusan yang bijak.

“Buatlah keputusan yang bijak dan pilihlah calon terbaik yang bersungguh membawa pembangunan dan kemajuan di Sungai Manila,” katanya selepas program “rumah ke rumah” di kampung Jawa 1, Rancangan Sungai Manila di sini hari ini.

Hazem sebelum itu telah melawat pusat pengundian awal yang bermula hari ini.

Menurutnya, GRS telah memperlihatkan kesungguhan dalam mempastikan kesejahteraan dapat dinikmati oleh rakyat.

“Pelbagai usaha telah dilaku oleh GRS untuk dinikmati oleh rakyat dan ini termasuklah insentif bantuan yang diberikan.

“Ia termasuklah bantuan pendidikan, bantuan peniaga kecil, bantuan perumahan dan sebagainya” katanya.

Hazem berkata GRS juga telah memperkenalkan bantuan yang bakal dinikmati sekiranya dipilih untuk menerajui kembalk kerajaan negeri.

Ia termasuklah bantuan perumah untuk golongan muda dan bantuan kebajikan untuk warga emas.

“Ini bukan janji kosong tetapi rakyat boleh melihat kesungguhan GRS dan bantuan yang telah dinikmati,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Hazem sekali lagi menasihatkan agar rakyat terus menyokong dan mengundi calon GRS.

“Buatlah keputusan yang bijak dan langkah memilih serta mengundi calon GRS adalah keputusan yang tepat” katanya lagi.

Tamat

Share This Article