Walkabout Diana di Pasar Sekong Terima Sambutan Mesra

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 23 Nov – Lawatan walkabout calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN N.53 Sekong, Puan Sri Diana, di beberapa pasar awam sekitar kawasan berkenaan hari ini menerima sambutan mesra daripada peniaga dan penduduk setempat.

Dalam tinjauan tersebut, beliau melawat Pasar Kim Fong Batu 4, Pasar Batu 1½ dan Pasar Taman Mawar, di mana ramai mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas pencalonannya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Diana turut tersentuh apabila bertemu rakan dan kenalan lama yang kini berniaga di pasar berkenaan.

Turut mengiringinya ialah Naib Presiden LDP, Robert Chong, bersama pemimpin parti komponen GRS termasuk PBS, PGRS, Usno dan LDP.

Sepanjang sesi itu, Diana memperkenalkan diri sebagai calon GRS Sekong sambil menyatakan komitmen untuk terus menggerakkan pembangunan ekonomi komuniti setempat. Jentera GRS turut mengedarkan risalah mengandungi manifesto beliau kepada pengunjung.

Diana turut menghuraikan secara ringkas tujuh agenda utama manifestonya, yang memfokuskan pembangunan keluarga, modal insan, ekonomi dan pendidikan bagi manfaat penduduk DUN Sekong

TAMAT

Share This Article