MAYAT LELAKI TEMUI TERAPUNG

sabahheadlines
1 Min Read

KUDAT, 19 Nov – Pasukan Bomba dan Penyelamat Kudat menjalankan operasi bantuan mengangkat mayat selepas seorang lelaki ditemui terapung berhampiran tepi sungai di Empangan Milau, petang Rabu.

Komander Operasi, PBK I John Francis Andam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada 3.49 petang sebelum mengerahkan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan VIGO bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer dari balai.

“Setibanya pasukan di lokasi pada 4.33 petang, pemeriksaan mendapati terdapat satu mayat lelaki berusia sekitar 40 tahun terapung berhampiran tepi sungai,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengangkat mayat menggunakan stretcher sebelum menyerahkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.00 petang setelah semua proses keselamatan dan dokumentasi diselesaikan.

Untuk maklumat lanjut, Pengganti Ketua Balai BBP Kudat, PBK I Mohd Saidi Tabin, boleh dihubungi di talian 013-8795050.

TAMAT

Share This Article