Oleh: Jalie Mohamad
Sandakan, 10 November – Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebulat suara mendesak Pengarah Jabatan Air Sabah (JANS) tampil memberi penjelasan terbuka berhubung isu bekalan dan kualiti air yang berlarutan di Sandakan.
Dalam Mesyuarat Majlis Penuh MPS, beberapa ahli majlis menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap gangguan air berulang akibat paip pecah dan infrastruktur uzur, yang menjejaskan kehidupan harian penduduk.
Presiden MPS, Walter Kenson, menegaskan masalah ini tidak wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada jurutera daerah dan menggesa tindakan segera daripada pihak pengurusan tertinggi JANS.
Ahli majlis turut memberi amaran bahawa jika rungutan rakyat terus diabaikan, Majlis mungkin menjadi sasaran bantahan awam.
Tamat
