Sinar Baharu di Kampung Sundang Laut – 7 Lampu Solar Disumbangkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi

BATU SAPI, 5 November – Kawasan Kampung Sundang Laut (Tanah Hitam) kini lebih terang dan selamat selepas menerima sumbangan tujuh unit lampu solar.

Lampu solar itu disumbangkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Pemasangan lampu solar berkenaan memberi kelegaan kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa bergelap pada waktu malam berikutan ketiadaan kemudahan Lampu Jalan Kampung (LJK).

Langkah itu bukan sahaja menambah baik keselamatan dan keselesaan penduduk malah melambangkan keprihatinan wakil rakyat terhadap keperluan asas masyarakat luar bandar.

Sumbangan tersebut turut disambut baik oleh penduduk setempat yang menzahirkan penghargaan atas usaha murni Firdaus dalam membawa sinar baharu ke kawasan mereka.

TAMAT