TYT berbual mesra dengan oelajar thafiz selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Seri Aman Pekan Muhibbah
SANDAKAN :26 Sept- Tuan Yang Terutama Tun Dr. Haji Musa Haji Aman telah melawat Pusat Islam Sabah di Jalan Sungai Kayu yang dijangka siap hujung tahun ini.
Beliau berada di sini selama dua hari dan bermula hari ini.
Pusat Islam Sabah itu yang berada pada proses akhir, 90 peratus siap itu, bakal dilengkapi kemudahan dewan utama yang mampu menampung lebih 1000 orang sebuah masjid serta pusat pendidikan agama dan kemudahan lain lain.
Terdahulu TYT telah diberi taklimat mengenai perkembangan Masjid Seri Aman Pekan Muhibbah oleh Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Datuk Awang Juri Awang Tahir mengenai struktur bangunan masjid berkenaan.
Beliau kemudiannya solat Jumaat bersama rakyat Sungai Manila di masjid berkenaan.
Tamat
