KOTA KINABALU; 16 Ogos 2025 (Sabtu) – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Tebobon petang tadi..
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi pada jam 2.48 petang selepas menerima aduan orang awam.
Hasil pemantauan mendapati kawasan tersebut berisiko dan berbahaya kepada penduduk. Anggota APM menasihati pengadu agar tidak berada di sekitar kawasan runtuhan serta berpindah ke lokasi lebih selamat.
Kes berkenaan telah dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu dalam kenyataan turut menegaskan supaya penduduk di kawasan cerun kekal berwaspada berikutan cuaca tidak menentu.
TAMAT

