Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar acara tahunan- Datuk Amirshah

sabahheadlines
1 Min Read

Oleh: Aleeya Batriysiah

SANDAKAN (7 SEPTEMBER): Umat Islam disaran agar mencontohi kepribadian mulia Rasulullah.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan?) Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub berkata kepribadian Rasulullah penuh dengan kasih sayang, adil, sabar dan berjiwa besar.

“Baginda merupakan contoh terbaik kepada kita,” katanya pada Sambutan Maulidur Rasul Kampung Batu Putih Baru dekat sini hari ini.

Beliau berkata Baginda adalah insan yang membawa cahaya Islam, mengangkat martabat umat, serta menjadi contoh terbaik dalam semua aspek kehidupan.

“Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar acara tahunan, tetapi ia adalah kesempatan untuk kita memperbaharui cinta dan kasih kita kepada Rasulullah,” katanya lagi.

Sambutan di Masjid Nur Islam itu dihadiri lebih 500 orang.

Bertemakan “Membangun Ummah Madani”, sambutan itu diisi dengan pelbagai pengisian seperti perarakan, marhaban, berzanji, ceramah khas dari Ustaz Hj. Rafaeh Md. Enarji, Pengarah Dakwah USIA Negeri Sabah serta penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul.

Tamat

Share This Article