TELITI PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN: ISNIN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

TENOM (3 OGOS): Teliti terlebih dahulu setiap permohonan lesen perniagaan.

Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata langkah itu adalah untuk memastikan tiada lesen yang disewa kepada pendatang asing.

“Perkara perlu diberi perhatian serius kerana kita mahu yang berniaga itu adalah orang tempatan,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan watikah ahli majlis daerah Tenom baru-baru ini.

Katanya tindakan pemilik lesen menyewakan lesen mereka kepada pendatang asing menutup peluang kepada orang tempatan.

Menurutnya ada orang tempat yang betul-betul berniaga tetapi peluang mereka mendapatkan lesen berniaga telah tertutup.

Akibatnya, katanya, ada di kalangan mereka mengambil tindakan dengan berniaga tanpa lesen.

“Apabila tindakan diambil mereka mempertikaikan kenapa pendatang asing dibenarkan berniaga dan mengapa mereka tidak.

“Mereka tidak tahu bahawa pendatang asing itu menyewa lesen dan inilah yang perlu ditangani,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Isnin meminta agar pihak majlis sentiasa membuat pemeriksaan.

“Ambil tindakan tegas kepada mereka yang menyewakan lesen kepada pendatang asing,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article