sh@ Jalie Mohamad
SANDAKAN: 7 Julai – Asisten Komisioner, ACP George Abd Rakman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (OCPD) Sandakan yang baharu, menggantikan ACP Ahsmon Bajah yang kini berpindah tugas ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Majlis serah terima tugas telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
Dalam ucapannya, ACP George melahirkan rasa teruja untuk kembali berkhidmat di Sandakan, setelah kali terakhir bertugas di daerah ini pada tahun 2010. Beliau menyeru semua pegawai dan anggota untuk terus bekerjasama secara harmoni, bersikap terbuka terhadap inovasi dan pembaharuan, serta mengekalkan tahap integriti yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Sandakan.
Pelantikan ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi kepimpinan PDRM di peringkat daerah serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis.

