James bersama Vivian membuat lawatan ke HDOK
sh@ Jalie Mohamad
SANDAKAN: 3 Julai – Daerah Sandakan bakal menerima sebuah bangunan baharu Hospital Duchess of Kent (HDOK), yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang bagi.
Keperluan bangunan baharu itu bagi meningkatkan mutu dan kapasiti perkhidmatan kesihatan kepada penduduk daerah Sandakan dan sekitarnya.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Datuk James Ratib pada baru-baru ini berkata bahawa kerja-kerja awal pembesaran projek tersebut sedang giat dijalankan dengan peruntukan permulaan sejumlah RM400,000.
“Kita ada perancangan untuk pembinaan dengan pembesaran bangunan baharu di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan akses kesihatan yang lebih baik untuk rakyat, khususnya di kawasan luar bandar seperti Sandakan,” katanya ketika membuat lawatan kerja ke HDOK baru baru ini.
Turut mengiringi lawatan kerja beliau, Ahli Parlimen Sandakan YB Vivian Wong.
James berkata dengan siapnya bangunan baharu hospital ini dijangka mampu menampung peningkatan jumlah pesakit serta menyediakan fasiliti rawatan yang lebih moden dan lengkap sejajar dengan keperluan semasa.
katanya projek pembesaran ini dijangka memberi impak positif bukan sahaja kepada kualiti rawatan, malah memperkukuh sistem kesihatan awam di kawasan pantai timur Sabah
Tamat
