PARTI DAMAI SABAH TURUT GERAK SOLO PRN 17 DUN SABAH

sabahheadlines
2 Min Read

sh@Fieza Fariez

KUDAT: Parti Damai Sabah atau Sabah Peace Party (SPP) melahirkan keyakinan mereka untuk bertanding secara solo pada pilihan raya negeri kali ke-17 nanti.

Presidennya, Berman Angkap berkata, parti yang ditubuhkan pada 2013, itu membuka tirainya pada PRN 17 yang dijangka diadakan pada tahun ini dengan meletakkan sekurang-kurangnya 53 calon di setiap DUN di Sabah dan 7 kerusi bagi Parlimen.

“ Dengan itu, seluruh pelusuk meminta agar SPP bertanding pada pilihan raya akan datang iaitu Pilihan Raya Negeri kali ke17 (PRN17).

Berman berkata demikian Ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRN17 Parti SPP di sini pada baru-baru ini

Pada majlis tersebut, SPP menerima sebanyak 1,000 borang keahlian, pelantikan penyelaras jentera pilihan raya P167 Kudat dan P168 Kota Marudu, pelantikan pengerusi jentera pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat, serta pelancaran laman web rasmi SPP dan pelancaran buku pelan Tindakan Sabah Hebat Semula yang disempurnakan oleh Berman.

Dalam pada itu, Berman berkata sebanyak 53 kawasan DUN dan tujuh kawasan parlimen yang sudah mempunyai pengerusi untuk membentuk jentera pilihan raya, namun terdapat sedikit lagi penambahbaikan yang perlu diusahakan sebelum menjelang pilihan raya.

“ Menghadapi pilihan raya bukan sesuatu perkara remeh-temeh, untuk menghadapi pilihan raya adalah satu tugas yang cukup mencabar, tetapi saya yakin dan percaya, sekiranya DUN dibubarkan pada bulan ogos atau September, bahawasanya SPP sudah cukup bersedia seratus peratus.

“ Jadi kita harap, jika SPP diberi kepercayaan oleh rakyat dan kita membentuk kerajaan, kita tidaklah begitu teruk untuk disiasat sana sini sebagaimana pemimpin-pemimpin masa kini.

Tambah Berman, parti SPP setakat ini bergerak solo dan akan bertanding secara solo pada PRN17, mereka tidak ada kaitan dengan mana mana parti dan berjanji tidak akan bekerjasama atau berkompromi dengan mana mana parti sama ada pihak pembangkang atau pihak kerajaan bagi menghadapi PRN17.

Tamat

Share This Article