SANDAKAN: 19 Jun – Parti Tindakan Demokratik (DAP), akan menganjurkan SANDAKAN RUGBY HARAPAN CUP 2025, pada 21 dan 22 Jun.
Kejohanan ini bakal menghimpunkan pasukan ragbi berbakat dari seluruh negeri Sabah termasuk dari Tawau, Lahad Datu, Keningau, Kota Kinabalu, Telupid serta tuan rumah, Sandakan.
Ahli Parlimen Sandakan YB Vivian Wong Shir Yee telah menyempurnakan majlis perasmian pada hari ini.
Bagi kategori lelaki akan dipertandingkan dalam format 10-sebelah, melibatkan 12 pasukan iaitu:
XCV BADBOIS, SABAH OSCA WARRIORS, HUNTERS RUGBY CLUB, NABAWAN KALAWON, EAGLES RUGBY CLUB A, EAGLES RUGBY CLUB B, TITANIUM RC, SS SCORPION A, NAUGHTYBOYZ RC, BOMBA, HORNETS RC dan SAGA KINABATANGAN.
Manakala kategori wanita akan menggunakan format 7-sebelah, dengan penyertaan 4 pasukan iaitu: FLYERS, JAVA, JAVA B dan KUNG FU PANDA.
Kejohanan ini akan berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang di Padang Ragbi Eagles Rugby Club, Batu 5, Sandakan.
Ahli Parlimen Sandakan itu, mengalu-alukan seluruh warga Sandakan hadir memeriahkan kejohanan ini, memberi sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing, dan menyaksikan aksi-aksi ragbi yang penuh semangat serta mengujakan.
Menurut beliau, sukan ragbi bukan sahaja menguji fizikal dan strategi, tetapi juga memupuk semangat berpasukan dan daya tahan mental. Penganjuran sukan seperti ini merupakan satu inisiatif untuk menyediakan lebih banyak platform kepada golongan belia bagi melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan membina jati diri yang positif.
“Sukan ialah medium penting untuk menyatukan rakyat dan menyebarkan tenaga positif. Sandakan memerlukan lebih ramai belia yang sihat dan bertenaga bagi bersama-sama membangunkan komuniti ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya.
Tamat
