KERAJAAN GRS BOLEHKAN BEAUFORT SIFAR MISKIN TEGAR

sabahheadlines
1 Min Read

sh@aleeya villiamon

BEAUFORT (1 JUN): Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membawa Beaufort mencatatkan sifar miskin tegar.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata pada waktu ini Beaufort telah mencatatkan sifar miskin tegar.

“Jika pada 2023 Beaufort mencatatkan 100 lebih orang berada dalam miskin tegar dan kemudian pada tahun lalu mencatatkan 11 orang, pada tahun ini miskin tegar berjaya dihapuskan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Klias di sini jelmarin.

Beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan sentiasa berusaha untuk membawa keluar rajyat daripada kemiskinan.

“Saya bersyukur kerana kerajaan pada hari ini telah memperlihatkan kesungguhan dan juga juga melakukan pelbagai usaha.

” Kesungguhan dan usaha yang dilakukan memboleh rakyat di Klias mencatatkan kosong miskin tegar ” katanya.

Katanya bantuan seperti rumah SMJ dan langkah memindah berapa penduduk ke Mesej membantu usaha yang dilakukan.

Mengenai soalan lain, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata kerajaan juga tidak mengabaikan pembangunan pendidikan.

Kata lima buah sekolah di daerah sini bakal dinaiktaraf.

” Saya menyuarakan tentang pembangunan pendidikan tahun lalu dan kerajaan telah memberikan respon yang amat membanggakan,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article