PERPADUAN RAKYAT LEBIH UTAMA-HAJI MOHD JALI NORDIN

BEAUFORT(22 April): Perpaduan rakyat lebih utama berbanding menabur fitnah bagi mewujudkan perpecahan.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Klias Haji Mohd Jali Nordin berkata keutamaan itu penting bagi memastikan rskyat negeri ini terus dapat menikmati keharmonian dan

“PGRS amat berbeza dengan parti lain…kita tidak membawa rakyat untuk dekat dengan fitnah tetapi kita mendekatkan rakyat dengan fakta yang benar,” katanya di sini hari ini.

Katanya situation itulah yang melihatkan PGRS lebih suka berdiam tetapi bekerja untuk rakyat.

Menurutnya PGRS berbuat demikian kerana tidak mahu menjadikan fitnah itu terus berkembang sehingga memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Apa yang kita lakukan ialah berusaha untuk kesejahteraan rakyat dan berusaha memastikan perpaduan mereka terus kukuh

“Kita tahu rakyat dapat menilai dan memahami apa yang dilakukan oleh PGRS dan kerana itulah mereka terus memberi sokongan kepada PGRS,” katanya lagi.

Tamat