JKDM tumpaskan sindiket penyeludupan bernilai RM3.3juta

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU : 9 ApriL – Jabatan Kastam Diraja Malaysia- JKDM Zon Sabah berjaya menumpuskan sindiket penyeludupan pelbagai barangan dengan nilai rampasan berjumlah RM3,3juta membabitkan empat daerah berasingan di negeri ini.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah berkata rampasan itu dilakukan di daerah Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Sandakan.

“JKDM berjaya patahkan sindiket ini termasuk kes penyeludupan dadah jenis Methamphetamine,”katanya dalam sidang media di Menara Kastam di sini kelmarin.

Beliau berkata antara yang dirampas adalah minuman jenis beracun iaitu Ketum dan barangan mercun serta bunga Api.

Katanya kes yang melibatkan dadah akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara kes lain di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Tamat

Share This Article