Pemantauan Susulan Insiden Batu Runtuh di Jalan Buli Sim Sim-Frankie Poon

sabahheadlines
1 Min Read
Frankie meninjau lokasi kejadian runtuhan di bukit Sim-Sim
Frankie sedang meninjau kawasan runtuhan di Sim-Sim

Editor

Sandakan : 4 April – Sehari selepas kejadian batu besar runtuh di Jalan Buli Sim Sim, kerja-kerja pembersihan telah dijalankan bagi mengalihkan batu yang menghalang laluan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tanjung Papat YB Datuk Frankie Poon telah meninjau lokasi kejadian selepas kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak polis trafik, jalan tersebut masih belum boleh dilalui dan dibuka kepada orang awam kerana pemeriksaan keselamatan cerun sedang giat dilakukan oleh pakar JKR dari Kota Kinabalu.

“Pemeriksaan ini penting untuk memastikan tiada lagi batu-batu yang berisiko jatuh dari bukit,”katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Jumaat.

Buat masa ini, laluan masih ditutup dan orang ramai diminta untuk mengelakkan kawasan tersebut serta mengikuti arahan pihak berkuasa demi keselamatan.

Tamat

Share This Article