SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
13 MAC 2025
LAHAD DATU:Gamalux Oils Sdn Bhd berbesar hati menyantuni petugas-petugas lapangan terbang Lahad Datu dengan mengadakan Majlis berbuka puasa di Saujana Putra Ballroom di sini pada kelmarin.
Pengurus Kilang Gamalux Oils, Salam Hassan berkata,majlis berbuka puasa itu adalah julung kali diadakan tahun ini dan ia adalah sebagai khidmat sosial pihak Gamalux Oils memberi penghargaan kepada MAB dan Maswings menerusi majlis seumpama itu.
” Kita berharap jalinan kerjasama yang sudah lama terjalin dapat dieratkan ,katanya.
Sementara itu Pengurus Perolehan Bahan Mentah Gamalux Oils ,Daud bin Ahmad berharap rancangan untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu di Lahad Datu dapat dipercepatkan.
Katanya,dengan adanya lapangan terbang antarabangsa baharu itu kelak, ia mampu membawa pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak sekaligus menjadikan daerah ini sebagai hab Pengangkutan berpusat dalam Industri minyak sawit.
