Tungku Sesuai Menjadi Daerah Penuh

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

10 MAC 2025

LAHAD DATU: Daerah kecil Tungku akan dijadikan sebagai daerah penuh sekiranya Parti Warisan Malaysia memerintah negeri Sabah selepas PRN nanti.

Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu telah lama dirancang dan daerah tersebut

mempunyai banyak potensi yang sedia ada dan boleh diteroka.

Shafie berkata, dengan adanya pelabur luar yang sedia ada seperti syarikat ladang sawit sudah menjadikan Tungku layak untuk mendapat status daerah penuh.

“..Saya cadangkan supaya daerah Tungku bukan Daerah kecil lagi..ia perlu jadi daerah yang penuh, Pembangunan boleh dilakukan di sana.

“Saya lalu semalam di kawasan Tungku, banyak syarikat perladangan di sana.. Banyak pelaburan di situ sudah tentu pembangunan boleh dilaksanakan di sana, katanya.

Shafie ditemui media selepas Majlis Iftar Ramadan dan penyampaian sumbangan kepada asnaf beragama islam dan bukan islam, anjuran Parti Warisan DUN Segama dan Silam di Masjid Raudah Lahad Datu, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden Parti, Datuk Dr Jaujan Sambakong, Ketua Penerangan, Datuk Aziz Jamman dan Ketua Pemuda Warisan Terence Au.