KUNJUNGAN HORMAT TYT AJAY SHARMA, PESURUHJAYA TINGGI UNITED KINGDOM KE MALAYSIA

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,5 OGOS- Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, TYT Ajay Sharma di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Kunjungan itu merupakan pertemuan pertama Ajay Sharma dengan Hajiji sejak beliau menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, sekali gus bertujuan memperkenalkan diri secara rasmi kepada Ketua Menteri.

Hajiji mengalu-alukan kunjungan Sharma ke Sabah dan berharap hubungan erat antara Sabah dengan United Kingdom akan terus diperkasakan.

TYT Ajay Sharma dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia pada April 2025. Beliau mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan diplomatik Britain termasuk pernah berkhidmat sebagai Duta Britain ke Qatar serta memegang beberapa jawatan kanan di Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan United Kingdom.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun

Share This Article