DUN SABAH: KOMPLEKS SUKAN MEMBAKUT DISENARAIKAN DALAM RMK-13, MINI KOMPLEKS SUNGAI MANILA DIPERTIMBANG

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU, 20 JULAI – Pembinaan Kompleks Sukan Membakut telah disenaraikan di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sebagai usaha memperkasa kemudahan sukan di Sabah.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata pihak kementerian turut merancang untuk mewartakan tanah yang telah dikenal pasti bagi membolehkan pelaksanaan projek berkenaan berjalan lancar.

Beliau berkata, anggaran kos sebenar serta tempoh pelaksanaan projek itu hanya akan diperincikan selepas semua prosedur berkaitan selesai dipatuhi termasuk proses pengambilan tanah dan mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Anggaran kos sebenar dan jangka masa pelaksanaan projek ini akan diperincikan selepas semua prosedur telah dipatuhi seperti proses pengambilan tanah, kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Daud Yusof (Warisan-Bongawan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Sementara itu Nizam berkata kementeriannya turut akan mempertimbangkan cadangan pembinaan Mini Kompleks Sukan Sungai Manila di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia akan datang.

Menurutnya, cadangan berkenaan bergantung kepada beberapa faktor termasuk ketersediaan tapak tanah yang bersesuaian serta kelulusan peruntukan daripada kerajaan.

“Cadangan ini tertakluk kepada ketersediaan tapak tanah yang sesuai dan kelulusan peruntukan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan kemudahan sukan baharu itu selaras dengan usaha kerajaan negeri memperluas akses kepada infrastrukt

Share This Article