LAHAD DATU, 16 JUN- Polis menahan empat lelaki termasuk warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan awal bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Lahd Datu,ACP Haji Dzulbaharin Bin Haji Ismail berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman berat jika sabit kesalahan.
Katanya, kejadian dilaporkan berlaku pada 9 Mei 2026, sekitar jam 2:00 pagi di sebuah rumah di Kampung Batu 1, Jalan Segama.
Menurutnya, bertindak atas laporan yang diterima polis telah menjalankan siasatan dan berjaya menahan kesemua suspek bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
“Kesemua suspek telah diremanselama tuju hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi :, katanya.
Sehubungan itu ACP Haji Dzulbaharin bin Haji Ismail menasihatkan ibu bapa dan ahli keluarga supaya sentiasa mengawasi pergaulan serta rakan-rakan anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial dan menjadi mangsa jenayah.
