DUA KENDERAAN BERTEMBUNG DI JALAN BEAUFORT-SIPITANG DAN SEORANG LELAKI CEDERA

sabahheadlines
1 Min Read

SIPITANG,16 JUN – Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Beaufort – Sipitang, petang semalam.

​Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut melalui sistem MERS 999 pada jam 5.47 petang.

​Susulan panggilan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang bersama 10 anggota bantuan dari BBP Beaufort dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang berada di dalam salah sebuah kenderaan tersebut bagaimanapun mangsa telah berjaya keluar sendiri dari kenderaan terbabit sebelum pihak bomba tiba,” kata jurucakap bomba terbabit.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sipitang menggunakan jentera EMRS Bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

​Operasi menyelamat yang melibatkan keseluruhan 17 anggota bersama logistik termasuk jentera FRT, CFRT, EMRS, dan kenderaan utiliti Navara itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.34 petang selepas pihak bomba memastikan kawasan kemalangan berada dalam keadaan selamat

Share This Article