JANGAN TERPENGARUH ANASIR LUAR: RAHMAT

sabahheadlines
2 Min Read

SANDAKAN ,7 JUN- Penduduk dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan anasir yang dibawa oleh orang luar.

Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Manila, Rahmat Iskandar Ibrahim berkata, sebarang masalah yang dihadapi boleh dimaklumkan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sungai Manila.

“Kemuka dan maklumkan kepada kami …masalah itu akan kami rujuk kepada yang berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Rahmat mengulas mengenai isu tanah rezab tambatan banjir di Kampung Gayan Sibugal.

Menurutnya, ada pihak tertentu daripada luar mempolitikan isu tersebut.

Katanya, isu itu telahpun selesai sesudah kata sepakat dicapai pada mesyuarat pada 5 Jun lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan sendiri rahmat itu turut dihadiri oleh ketua kampung Muksan Mijul, pengerusi JKKK Adisil Komong, polis, penguatkuasa dan agensi kerajaan.

Rahmat memberitahu hasil perbincangan dalam mesyuarat tu, persetujuan bersama semua pihak telah dicapai.

“Perbincangan telah dibuat dan keputusan bersama telah dicapai … isu ini telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

“Ia sengaja dipolitikkan …tetapi keputusan bersama sudahpun dicapai,” katanya lagi.

Hasil perbincangan itu sebanyak 50 buah rumah yang dibina di atas tanah rizab akan dirobohkan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Hanya satu keluarga memohon tapak penempatan sementara dan permohonan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung.

Menerusi semakan yang dibuat mendapati kebanyakan pemilik rumah yang terlibat mempunyai kediaman lain di kampung berkenaan.

Tiga keluarga dikenal pasti mempunyai rumah di kawasan penempatan sementara, manakala dua keluarga telah berpindah ke rumah ibu bapa masing-masing. Seorang lagi ditempatkan sementara di tanah setiausaha JKKK Kampung Sibugal.

Mengenai dakwaan bayaran dikenakan untuk pemotongan bekalan air dan letrik, Rahmat berkata, dakwaan itu tidak benar.

“Kami telah menghubungi pihak jabatan air dan juga SESB dan kedua-duanya menafikan dakwaan itu.

“Saya menasihatkan agar penduduk kampung sentiasa berhati-hati dan menghubungi kami jika ada masalah,” katanya lagi.

Share This Article