PEMBANGUNAN NEGERI TERUS DILAKSANAKAN-TUN MUSA

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU ,23 APRIL- Pembangunan negeri ini akan terus dilaksanakan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 menjadi kerangka induk pembangunan negeri.

“Tiga teras utama dikekalkan iaitu sektor utama pertumbuhan ekonomi, modal insan dan kesehahteraan rakyat serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena istiadat pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, pelan itu diperkukuhkan lagi dengan penekanan strategik terhadap pembangunan ekonomi biru, pendigitalan dan penerapan teknologi kecederasan buatan (AI).

Menurutnya, Sabah kekal sebagai destinasi pelaburan berdaya saing dan berpotensi tinggi.

Hal ini dibuktikan, katanya, apabila Sabah merekodkan RM7.6 bilion pelaburan pada tahun lalu dalam sektor pembuatan.

Katanya, ia memperlihatkan peningkatan hampir 208 peratus berbanding 2024.

“Sabah memperlihatkan daya tahan ekonomi yang kukuh biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada pada peringkat domestik mahupun global,” katanya.

Beliau berkata untuk terus melonjakkan prestasi ekonomi, kerajaan komited memperkukuh dan memacu pembangunan melalui pendekatan yang lebih inklusif serta mampan.

Kerajaan juga katanya, akan memastikan keseimbangan antara kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta pengukuhan infrastruktur.

Musa jua memberitahu, sektor pertanian akan terus dimodenkan bagi memastikan keterjaminan makanan.

Katanya, tumpuan diberikan kepada pelaksanaan program revolusi padi dan pembangunan bioteknologi bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti pengeluaran.

Beberapa sektor lain seperti sektor perladangan, perikanan, sektor pelancongan dan sebagainya akan turut dipertingkatkan.

Kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan letrik, jalan raya dan yang lainnya akan juga diberi perhatian.

Share This Article