SANDAKAN ,19 APRIL -Polis mengesahkan tiada kemalangan jiwa pada kebakaran di Kampung Bahagia Batu Sapi awal pagi tadi.
“Saya sahkan di sini bahawa saya tidak menerima apa-apa kejadian kemalangan jiwa …maksudnya tiada kematian,” kata Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rekman kepada media di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai ada media telah melaporkan kebakaran awal pagi ini telah melibatkan kemalangan jiwa.
George berkata, terdapat mangsa yang mengalami kecederaan ketika menyelamatkan harta benda ataupun membantu mangsa lain.
Beliau memberitahu, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1.30 pagi.
Kebakaran dapat dikawal pada jam empat lebih pagi, katanya lagi.
“Saya bersama presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kemudian mengisthyarkan bencana pada jam empat pagi,” katanya.
Menurutnya, polis akan membantu sehingga proses pendaftaran selesai.
Kata, polis akan menunggu meskipun proses pendaftaran itu hingga ke tengah malam untuk membantu.
Beliau berkata, mangsa kebakaran akan ditempatkan di PPR Sandakan, PPR Batu Sapi dan SK Kampung Gas,” katanya.
Mengenai soalan lain, George berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.
