BATU SAPI, 15 Feb : Penduduk di beberapa kawasan dalam Parlimen Batu Sapi dilaporkan mengalami gangguan bekalan air sejak beberapa hari lalu, susulan kejadian paip bocor yang berlaku di Jalan Lintas Batu Sapi.
Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi memaklumkan pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk berhubung masalah tersebut, sekali gus menimbulkan kesulitan kepada komuniti setempat.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembaikan paip sedang dijalankan bagi memulihkan semula bekalan air secepat mungkin.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan turut mengarahkan Ketua Pegawai Perhubungan, Ajak Haji Sadikal untuk menyelaras penghantaran bantuan lori air dengan segera ke kampung-kampung yang terjejas.
Ends
