sh@ editor
PUTATAN (16 SEPTEMBER): Rasa simpati kepada mangsa banjir di Putatan diterjemahkan menerusi lawatan singkat Datuk Jasni Matlani.
Beliau yang mewakili Parti Bumi Kenyalang menyantuni dan beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS tersebut.
” Kita hadir bukan sekadar menyampaikan sumbangan tetapi untuk memperlihatkan rasa simpati.
“Kejadian seumpama ini tidak mampu kita tolak …sumbangan yang kami berikan tidaklah seberapa tetapi diharap dapat membantu,” katanya di sini kelmarin.
Jasni juga turut menyampaikan sumbangan 20 pek mineral water untuk kegunaan mangsa di PPS tersebut.
PPS Serigai menempatkan 178 orang dengan 40 keluarga.
Tamat