sh@jalie mohamad
SOOK: 6 September – Seramai 462 penduduk daerah Sook menerima geran tanah masing-masing dalam satu majlis Penyerahan Geran Tanah DUN Sook pada kelmarin
Majlis itu disempurnakan oleh ADUN Sook merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin, di Dewan Masyarakat Sook.
Daripada jumlah itu, 224 penerima menerima geran tanah kategori pengukuran PANTAS, manakala 238 orang lagi menerima geran pengukuran biasa.
Turut diraikan, seramai 86 peneroka Skim SAFODA Karamatoi yang akhirnya mendapat hak milik selepas sekian lama menanti.
Datuk Ellron menegaskan penyerahan ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam memastikan rakyat mendapat kepastian hak tanah, yang menjadi kunci kepada kesejahteraan dan pembangunan masyarakat.
Tamat

