461 KETUA ISI RUMAH TERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN DI KAMPUNG BONGGAYA BARU

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 1 April – Seramai 461 ketua isi rumah di Kampung Bonggaya Baru menerima sumbangan bakul makanan menerusi satu inisiatif kebajikan yang diteruskan bagi membantu golongan memerlukan khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Program bantuan tersebut disalurkan oleh Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mendekati rakyat dan meringankan beban perbelanjaan harian.

Penyerahan sumbangan berkenaan telah diwakili oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Ajak Hj Sadikal, yang menyampaikan bantuan kepada penerima dalam satu majlis ringkas di kampung tersebut.

Inisiatif berkenaan bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas di samping memastikan kebajikan masyarakat setempat terus terpelihara.

Penduduk yang menerima bantuan melahirkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan, dan berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong kesejahteraan komuniti.

Share This Article