KOTA KINABALU; 16 SEPTEMBER 2025 (Selasa) – Jumlah mangsa bencana terus meningkat apabila seramai 2,955 penduduk daripada 795 ketua isi rumah (KIR) dan ditempatkan di 96 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, daerah terlibat ialah Beaufort, Penampang, Tawau, Membakut, Papar dan Putatan.
Daerah Membakut dan Putatan mencatat peningkatan jumlah mangsa, manakala PPS di Beaufort, Penampang, Tawau dan Papar kekal dengan jumlah sama.
Antara PPS yang masih aktif termasuk PPK Selagon (Beaufort), SK St Paul Kolopis, Dewan Huguan Siou, Kompleks Sukan Penampang, Dewan Ramayah, Dewan Inobong, Parish Hall, serta beberapa dewan masyarakat di Membakut, Papar dan Putatan.
Selain banjir, bencana tanah runtuh turut direkodkan di Penampang, Kota Kinabalu dan Papar, yang meragut 13 nyawa sejak 12 September lalu.
JPBN Sabah dalam kenyataan malam tadi berkata, angka mangsa dijangka terus berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca dan pemantauan di lapangan.
TAMAT

