sh@ editor
KOTA MARUDU, 10 Sept 2025 β Sebanyak 16 pasukan menyertai Kejohanan Bola Tampar Campuran di Kampung Beliajung, dekat sini.
Kejohanan itu untuj memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh perpaduan komuniti setempat dan dirasmikan Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N6 Bandau, Datu Muhamad Farid Datu Liman, yang juga Ahli Dewan Belia Sabah N6 Bandau.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa penglibatan belia dalam aktiviti sukan mampu menjadi platform efektif untuk mencegah mereka daripada terlibat dalam gejala sosial dan aktiviti tidak bermoral.
βSukan adalah wadah penting bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu padu,β katanya.
Kejohanan itu dianjurkan oleh Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Sungai Lipid, Kamal Karno, dengan kerjasama pemimpin-pemimpin tempatan.
Antara yang turut hadir ialah Bendahari Pemuda PGRS Bandau, Nizam Ahmad; AJK Bahagian PGRS Bandau, Sakiran Madarin; Ketua-Ketua Cawangan PGRS, Noraji Isnin dan Josle Kandi; serta Pengerusi JKKK Kampung Taritipan, Rosli Manja.
TAMAT

