UMNO PARTI TEMPATAN- AHMAD MAZLAN

LAHAD DATU: 16 Julai- Sentimen bahawa UMNO merupakan parti luar atau parti Malaya sepatutnya sudah tidak ada di negeri Sabah, parti UMNO sudah menjadi parti tempatan.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Sekretariat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata bahawa UMNO telah bertapak lama dan semua pemimpinnya di negeri itu adalah kalangan anak tempatan sendiri.

“UMNO di Sabah bukan Parti Malaya,Melayu UMNO di Sabah sudah menjadi Parti Lokal Apabila sudah berumur 34 ke 35 tahun bererti kita tidak boleh sebut UMNO sebagai Parti Malaya lagi Ia adalah Parti Lokal dan Parti Nasional Itu adalah sebutan yang paling sesuai Untuk menggambarkan UMNO dan BN di Sabah Merupakan Parti Lokal dan Parti Nasional Itu sifatnya…”, katanya.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata demikian kepada media selepas majlis makan malam bersama pimpinan UMNO Bahagian Lahad Datu pada malam Selasa.

Dalam pada itu beliau juga optimis UMNO boleh menangi semula semua DUN di Parlimen Lahad Datu sebagaimana zaman kecemerlangan UMNO-BN suatu ketika dahulu.