sh@jalie mohamad
Sandakan, 5 September – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, tiba di Sandakan hari ini untuk lawatan rasmi.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada agenda rasmi TYT bagi mendekati rakyat serta meninjau pelaksanaan pembangunan dan inisiatif kerajaan negeri di kawasan Sandakan.
Sepanjang berada di Sandakan, TYT dijadual menghadiri beberapa program bersama pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan komuniti setempat, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan rakyat Sabah.
Pada masa yang sama, Sandakan turut menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah, yang dijangka menghimpunkan ribuan umat Islam dari seluruh negeri.
Kehadiran TYT akan menyerikan lagi majlis bersejarah tersebut sebagai simbol penyatuan ummah dan penghayatan sunnah Rasulullah SAW.
Tamat

