TRAGEDI DOUBLE SIX PERTAMA KALI DIKENANG DI SANDAKAN

sh@aleeya villiamon

SANDAKAN (6 MEI): Ketokohan seseorang pemimpin mampu diperingati menerusi pelaksanaan memperingati sesuatu peristiwa.

Sehubungan dengan itu Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong melahirkan rasa gembira apabila tragedi Double Six dilaksanakan secara rasmi buat pertama kalinya.

“Ia membolehkan kita khususnya generasi muda untuk memperingati dan mengetahui tokoh politik terdahulu,” katanya di sini pada hari ini selepas mengadakan majlis memperingati kejadian itu.

Tragedi Double Six berlaku di Sembulan Kota Kinabalu pada 6 Jun 1976 yang menyaksikan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens terkorban.

Tragedi itu turut mengirbankan seorang tokoh politik daripada Sandakan Datuk Chong Sin Woon yang juga seorang menteri ketika itu.

“Saya tahu generasi muda tidak mengenali beliau ( Datuk Chong Sin Woon) tetapi pelaksanaan upacara seperti ini membolehkan mereka untuk mengingati beliau,” katanya lagi.

Vivian juga memberitahu bahawa Pakatan Harapan telah menjalankan siasatan terhadap tragedi itu.

“Oleh itu saya berharap Majlis Perbandaran Sandakan akan meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang,” katanya.

Tamat