LAHAD DATU, 13 Jan- Pengarah Kanan Perancangan, Pembangunan dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Hazrine bin Mohd Taib TLDM mengadakan lawatan kerja ke Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Fissol bin Abd Hadi yang mewakili Komander ESSCOM di Pejabat ESSCOM, Lahad Datu.
Semasa lawatan tersebut Laksamana Pertama Hazrine telah diberikan taklimat berkaitan peranan dan pelaksanaan operasi ESSCOM selain mengadakan sesi pertukaran pandangan serta perkongsian maklumat mengenai perancangan pembangunan keupayaan pasukan keselamatan di perairan Zon ESS (ESS Zone).
Perbincangan itu turut menumpukan aspek pengukuhan kerjasama strategik antara TLDM dan ESSCOM bagi memastikan keselamatan perairan terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim di Pantai Timur Sabah.
Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Staf Bahagian Operasi Udara, Ketua Staf Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal, Asisten Ketua Staf Keselamatan Bahagian Operasi Laut (BOL) serta pegawai-pegawai kanan ESSCOM dan Markas Tentera Laut.
TAMAT
