TEMAN LELAKI ROGOL KEKASIH DITAHAN POLIS

sslh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU: 25 Ogos- Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Lahad Datu menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun kerana disyaki merogol seorang remaja berumur 16 tahun dipercayai kekasihnya di salah sebuah rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu,ACP Haji Dzulbaharin Haji Ismail, laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa dan mangsa juga mengaku telah dipaksa dan di ugut untuk melakukan hubungan seks lebih dari sekali oleh suspek.

“Suspek ditahan semalam pada jam lebih kurang 01.15 petang di perkarangan IPD Lahad Datu,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tamat