TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH JENIS SYABU DI LAHAD DATU

LAHAD DATU: 15 Mei – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) menahan tiga lelaki warga asing dalam satu serbuan di sebuah pondok di Kampung Ubi, Jalan Kenangan, Lahad Datu.

Dalam operasi tersebut, polis telah merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 73.30 gram yang dianggarkan bernilai RM8,063.00 bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal urin mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala seorang lagi negatif.

Kesemua suspek berusia lingkungan 27 hingga 48 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang (15) sebatan , serta hukuman tambahan bagi penyalahgunaan dadah.

TAMAT