MAJUKAN MENARA MPS

SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan perlu berusaha untuk ‘menghidupkan’ menara MPS.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata usaha itu termasuklah mencari pelabur bagi memajukan menara tersebut.

“Carilah pelabur dan apa kerosakan di menara itu perlulah diperbaiki,” katanya lagi.

Berucap pada majlis angkat sumpah ahli MPS di sini hari ini, Isnin berkata perkara itu diharap dapat diperbincangkan oleh ahli MPS.

Isnin juga meminta ahli MPS turut memberi perhatian terhadap satu blok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni diperbaiki dan siap pada tahun ini.

“Berusahalah agar pembaikan blok PPR tu dapat disiapkan pada tahun ini,” katanya lagi.

Tamat