sh@ editor
PUTRAJAYA (23 JULAI): Rakyat negara ini bakal menerima RM100 secara ‘one-off’ menerusi Sumbangan Asas Rahmah.
Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas layak menerima sumbangan ini bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung di sini hari ini.
Beliau berkata bantuan itu diberikan secara individu dan bukan isi rumah.
Maknanya jika dalam rumah itu mempunyai empat orang yang berusia 18 tahun ke atas maka bantuan yang diterima adalah RM400, katanya.
Menurutnya bantuan itu akan memanfaatkan 22 juta rakyat negara ini dengan peruntukan RM2 bilion.
Anwar juga betkata subsidi petrol juga akan diturunkan kepada RM2.00 selitar.
Bagaimanapun, katanya, subsidi itu hanya untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Katanya, bagi warga asing minyak petrol yang dibeli adalah mengikut harga pasaran semasa.
Perdana menteri turut mengumumkan 15 September sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Tamat