Sabah formalisasi perolehan 25 peratus pegangan dalam Petronas

sh@editor

KOTA KINABALU: Sabah memformalisasikan pengambilalihan dua puluh lima peratus ekuiti dalam Petrons PFLNG 3 Sdn Bhd, sebagai langkah memperkukuh sinergi antara syarikat petroleum nasional dan Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata: “Langkah ini bukan sahaja akan memperkukuh sinergi antara Petronas dan Sabah, tetapi juga akan membuka potensi bagi kerjasama seumpama ini pada masa hadapan.”

Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy), telah menandatangani perjanjian muktamad dengan Petronas LNG Sdn Bhd bagi memformalisasi pengambilalihan 25 peratus kepentingan ekuiti

Langkah ini adalah susulan pemeteraian Kepala Perjanjian bagi cadangan pengambilalihan tersebut yang disaksikan oleh Ketua Menteri dan Presiden Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, di Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Petronas PFLNG 3 sedang membangunkan kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pesisir (FLNG) bernilai USD3.1 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Dijangka memulakan operasi pada separuh kedua tahun 2027, PFLNG 3 direka dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 2 juta tan setahun (2.0 MTPA).

SMJ Energy juga memegang hak “free carry dan back-in rights” dalam blok penerokaan SB409 (20%), SB403 (20%), SB306A (15%), dan SB306B (15%).

Tamat