RUNDINGAN MASIH DIBUAT-EWON

sh@ Aleeya Villiamon

SANDAKAN (13 JULAI): Upko berharap dapat diberikan ruang untuk menghadapi pilihan raya negeri.

Presidennya Datuk Ewon Bendict berkata Upko telah bersedia untuk menghadapi PRN.

” Kita berharap akan diberikan ruang pada PRN nanti ” katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke taklimat Jentera Pilihan Raya Negeri N50 Gum-Gum di dewan RDC Sepilok yang dihadiri oleh ahli parti berkenaan.

Katanya Upko khususnya di bahagian Libaran telah bersedia menonjolkan kekuatan dan diberi ruang untuk mengambil bahagian pada PRN nanti.

Nagaimanapun Ewon berkata perbincangan agihan kerusi masih lagi berjalan.

” Saya percaya parti lain juga sedang membuat persediaan di bahagian masing-masing.

“Saya yakin kesatuan antara parti dapat diperkasakan pada PRN nanti,” katanya lagi

Tamat