PUTRI NUR SAYYIDATUL KHAIRIYAH SERTAI HIPPO ENGLISH WITHOUT BORDER DI UNITED KINGDOM

Pelajar SMA Tun Juhar, Sandakan Putri Nur Sayyidatul Khairiyah,16 tahun terpilih menjadi peserta 13th Hippo English Without Borders Contest yang diadakan di Oxford International College, United Kingdom.

Khairiyah yang berasal dari Sukau Kinabatangan salah seorang dari 93 ribu peserta dari 70 negara yang menyertai pertandingan itu.

Anak sulung kepada seorang cikgu, Ayu Sarini Yusop yang mengajar di SK Tinusa Jaya Sandakan.

Ketika ditemui di lapangan terbang, Khairiyah yang ditemani ibunya di lapangan terbang Sandakan berangkat Sandakan ke Kuala Lumpur sebelum ke London semalam.

“Doakan anak saya cemerlang dalam pertandingan ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan moral dan sumbangan,”katanya

Pertandingan akan berlangsung pada 12 Ogos 2025.

Tamat