SABAH HEADLINES
19 FEBRUARI 2025
TUARAN: Program Sentuhan Kasih Rakyat ( Syukur) dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan memastikan kesejahteraan kehidupan mereka terjaga.
Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor berkata,program itu menyediakan bantuan tunai sebanyak RM 300 setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM358.5 juta dan akan memberi manfaat kepada 100 ribu penerima.
Katanya, pada Februari ini 2025 seramai 72,058 Ketua Isi Rumah( KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e- Kasih setakat 31 Disember 2024 telah menerima manfaat.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Sentuhan Kasih atau SYUKUR 2025, di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di sini hari ini.
” Seramai 52,201 penerima telah menerima bayaran terus ke akaun bank bermula 17 Februari lalu manakala 19,857 lagi penerima yang tidak mempunyai akaun dibayar secara berperingkat samada menerusi bantuan secara tunai atau pembukaan akaun khas bagi memudahkan pembayaran fasa pertama dibuat sehingga Mac.
Katanya, bagi pelaksanaan fasa kedua program ini iaitu pada Mei 2025 akan memperluaskan lagi manfaat kepada lebih ramai penerima.
Menurutnya, mereka yang tercicir dan layak mendapatkan bantuan ini tetapi tidak berdaftar dalam Pangkalan Data Negeri Sabah( PADANS) boleh mengemukakan aduan kepada Ketua Kampung atau Pegawai MySMJ Profiler.
“Jumlah pembayaran Syukur akan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa adalah dibayar secara sekaligus bagi tempoh tiga bulan iaitu sebanyak RM 900 akan dikreditkan ke akaun kepada penerima dan penerima yang tiada akaun bank diberi secara tunai,ujarnya.
Bagi pembayaran fasa pertama pada Januari sehingga Mac ini diagihkan bermula Februari manakala fasa kedua pada April sehingga Jun ini yang diagihkan pada April.
Fasa ketiga pula pada Julai sehingga September diagihkan bermula September dan fasa keempat pula9 pada Oktober sehingga Disember yang akan diagihkan pada Oktober tahun ini.
Semakan boleh diakses bermula serta merta melalui Laman web sistem PADANS https://padans.sabah.gov.my/;Laman web http://sukur.sabah.gov.my/;YONO Superapp; Dan notifikasi pembayaran melalui sistem pesanan ringkas( SMS).

