EDITOR
BEAUFORT (9 MEi): Generasi muda yang berpotensi perlu diberi perhatian dan disokong agar dapat dikembangkan.

Timbalan Ketua Bahagian Haji Mohd Jali Nordin berkata sokongan itu perlu diberikan agar potensi yang dimiliki tidak terpadam dengan sia-sia.
“Sewajarnya kita berikan sokongan serta galakan kepada generasi muda yang memperlihatkan potensi dan mampu membuahkan hasil pada masa depan,” katanya ketika ditemu selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Menengah Beaufort II di sini hari ini.
Mohd Jali yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Klias berkata potensi dalam bidang sukan misalnya amat perlu diberi perhatian dan sokongan.
Katanya Sabah adalah antara negeri yang berupaya melahirkan generasi muda yang berpotensi jika ianya disemai dan digilap sejak awal.
” Kita mampu melahirkan ramai atlit yang berpotensi tetapi ia haruslah disemai dari awal dan perlu dipastikan terus berkembang,” katanya lagi.
Tamat

