POLIS TUMPAS SINDIKET DADAH,RAMPASAN BERNILAI RM4.21 JUTA DI KOTA KINABALU

sh@jalie mohamad

KOTA KINABALU, 9 September 2025 – Polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif menghantar bekalan dari Semenanjung ke Sabah menggunakan perkhidmatan kurier.

Ia susulan serbuan di sebuah premis kurier di Taman Sri Kepayan pada 4 September lalu.

Pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas dadah jenis ketamin seberat 20.7 kilogram bernilai RM1.035 juta.

serbuan turut membawa kepada penahanan empat individu terdiri daripada pengurus, kerani operasi, pemilik syarikat kurier terbabit serta isterinya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan lanjut turut membawa kepada penyitaan lima kenderaan mewah, barangan elektronik, beg tangan berjenama dan wang tunai, menjadikan nilai keseluruhan sitaan bersama dadah berjumlah RM4.21 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Semua suspek direman sehingga 11 September 2025 bagi membantu siasatan

Tamat.