Polis Minta Saksi Kes Kemalangan Maut di Jalan Bongkol, Pitas Tampil Bantu Siasatan

KOTA MARUDU, 18 Ogos 2025 – Saksi yang menyaksikan kejadian kes langgar lari yang menyebabkan kematian seorang pelajar diminta tampil untuk membantu siasatan.

Kejadian berlaku di Jalan Bongkol Kanpung Kalipoun Darat pitas petang 15 Ogos lalu.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 petang itu, seorang pelajar lelaki yang menunggang motosikal maut selepas dipercayai bergesel dan diseret oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang belum dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Simiun Bin Lomudin berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kenderaan yang terlibat dipercayai telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Marudu, Inspektor Julina Binti Samual di talian 088-661 066.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian.

TAMAT