PKR Sabah Serah Keputusan Kepada PKR Pusat Bagi Sebarang Gabungan Hadapi PRN Sabah

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

1 MAC 2025

LAHAD DATU: Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan pusat iaitu Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sebarang gabungan kerjasama dengan mana-mana parti lain untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Timbalan Bendahari Negeri, Datuk Nordin Ening berkata keputusan itu juga akan mengambil kira nasihat dan pendapat daripada pemimpin-pemimpin PKR negeri terlebih dahulu.

“Soal kerjasama ini, pimpinan pusat akan membuat keputusan selepas merujuk perkara itu kepada Majlis Pimpinan Negeri yang baru nanti…”, katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Cabang Silam bagi tahun 2025 disini pada sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan parti UMNO akan bergabung dengan parti untuk PRN Sabah kali ini.

Beliau juga memaklumkan PKR Sabah akan meletakkan calon untuk PRN Sabah dan pemilihan calon sedang giat dilakukan .

” Soal calon kita ada Biro Politik yang akan meneliti calon-calon yang sesuai untuk bertanding pada pilihanraya akan datang dan akan merujuk kepada Majlis Pimpinan Pusat untuk diputuskan…”,katanya.

Hadir sama Ketua Cabang PKR Silam Romansa Lamin.

Share This Article